ENAKMEN 3 TAHUN 1987
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1987

BAHAGIAN IV - PENALTI DAN PELBAGAI PERUNTUKAN BERHUBUNG DENGAN PENGAKADNIKAHAN DAN PENDAFTARAN PERKAHWINAN



Seksyen 35. Tidak hadir di hadapan Pendaftar dalam tempoh yang ditetapkan.


Jika seseorang yang dikehendaki oleh seksyen 31 hadir di hadapan Pendaftar tidak berbuat demikian dalam tempoh yang ditetapkan, maka dia adalah melakukan suatu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dihukum denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau denda dan penjara itu kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.