ENAKMEN 2 TAHUN 2001
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM (TERENGGANU)

BAHAGIAN III - PELANTIKAN MUFTI, KUASA DALAM HAL EHWAL AGAMA DAN JAWATANKUASA FATWA



Seksyen 54. Qaul muktamad yang hendaklah diikuti.

(1) Dalam mengeluarkan apa-apa fatwa di bawah seksyen 50, atau memperakukan apa-apa pendapat di bawah seksyen 53, Jawatankuasa Fatwa hendaklah pada lazimnya mengikut pendapat-pendapat yang diterima (qaul muktamad) Mazhab Syafii.

(2) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa dengan mengikut qaul muktamad Mazhab Syafii suatu keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam akan terhasil, Jawatankuasa Fatwa bolehlah mengikut qaul muktamad Mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali.

(3) Jika Jawatankuasa Fatwa berpendapat bahawa tiada satu pun qaul muktamad daripada empat Mazhab itu boleh diikuti tanpa membawa kepada keadaan yang berlawanan dengan kepentingan awam, Jawatankuasa Fatwa bolehlah membuat fatwa itu mengikut ijtihad tanpa terikat dengan qual muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.