ENAKMEN 7 TAHUN 2002
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (NEGERI MELAKA) 2002

BAHAGIAN VI - KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 76. Rayuan.

(1) Mana-mana orang boleh membuat rayuan kepada Majlis terhadap apa-apa tuntutan bayaran zakat atau fitrah yang dibuat ke atasnya.

(2) Majlis hendaklah menimbangkan rayuan itu dan boleh memerintahkan supaya orang itu membayar amaun zakat atau fitrah yang dituntut ke atasnya, atau apa-apa amaun yang kurang sebagaimana yang difikirkan patut oleh Majlis, atau boleh memerintahkan bahawa orang itu tidak dikehendaki membayar zakat atau fitrah, atau mana-mana satu daripadanya dalam sesuatu tahun atau tahun-tahun tertentu.

(3) Keputusan Majlis terhadap rayuan itu adalah muktamad dan tidak boleh dipersoalkan lagi di dalam mana-mana Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.