ENAKMEN 12 TAHUN 1993
ENAKMEN MAHKAMAH SYARIAH 1993

BAHAGIAN VII - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 22. Peguam Syar'i.

(1) Majlis boleh melantik mana-mana orang Islam yang cekap dalam Hukum Syarak menjadi peguam dalam mahkamah yang ditubuhkan di bawah Enakmen ini dan orang itu hendaklah dikenali sebagai Peguam Syar'i.

(2) Kelayakan bagi perlantikan sebagai Peguam Syar'i hendaklah mengikut apa yang ditetapkan dalam kaedah-kaedah yang dibuat oleh Majlis.

(3) Peguam Syar'i tidak boleh hadir dalam mana-mana mahkamah melainkan dia memiliki suatu sijil yang dikeluarkan oleh Majlis.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.