ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN V - PENDAKWAAN DAN PERWAKILAN



Seksyen 68. Pegawai Penguat kuasa Agama.

(1) Majlis boleh melantik daripada kalangan anggota perkhidmatan awam Negeri Perak Darul Ridzuan, seorang Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama, Pegawai-Pegawai Penguat kuasa Agama dan Penolong-Penolong Pegawai Penguat kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan kesalahan-kesalahan bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam.

(2) Walau apa pun peruntukan subseksyen (1), Majlis boleh, atas nasihat Jabatan Agama Islam Perak, melantik mana-mana orang yang layak dan sesuai menjadi Penolong Pegawai Penguat kuasa Agama untuk menjalankan penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Enakmen ini atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-rukun agama Islam tertakluk kepada apa-apa syarat atau sekatan yang ditentukan oleh Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama dari semasa ke semasa.

(3) Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama hendaklah mempunyai pengawasan dan kawalan am ke atas semua pegawai yang dilantik di bawah subseksyen (1) dan (2).




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.