ORDINAN 43 TAHUN 2001
ORDINAN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM, 2001
BAHAGIAN II - PERKAHWINAN
Seksyen 11. Persetujuan dikehendaki.
Sesuatu perkahwinan adalah tidak diakui dan tidak boleh didaftarkan di bawah Ordinan ini melainkan kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu telah bersetuju terhadapnya, dan sama ada-
(a)
wali
pihak perempuan telah bersetuju terhadap perkahwinan itu mengikut Undang-Undang Islam; atau
(b)
Hakim Syarie yang mempunyai bidang kuasa di tempat di mana pihak perempuan itu bermastautin atau seseorang yang diberi kuasa secara am atau khas bagi maksud itu oleh Hakim Syarie itu telah, selepas siasatan wajar di hadapan semua pihak yang berkenaan, memberi persetujuannya terhadap perkahwinan itu oleh
wali
Hakim
mengikut Undang-Undang Islam; persetujuan tersebut boleh diberi jika perempuan tidak mempunyai
wali
dari
nasab
mengikut Undang-Undang Islam atau jika
wali
tidak dapat ditemui atau jika
wali
telah enggan memberikan persetujuannya tanpa sebab yang munasabah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.