ENAKMEN 14 TAHUN 2003
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SEMBILAN) 2003

BAHAGIAN V - PEGUAM SYARIE



Seksyen 36. Menukar Peguam Syarie

(1) Jika suatu pihak berhasrat untuk menukar Peguam Syarienya, dia hendaklah memfailkan suatu notis penukaran dalam Borang MS 6 dan menyampaikan suatu salinan notis itu kepada semua pihak.

(2) Seksyen 34 hendaklah terpakai berhubung dengan penukaran Peguam Syarie sebagaimana seksyen itu terpakai berhubung dengan pelantikan Peguam Syarie.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.