ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN XI - ACARA DALAM PEMBICARAAN MAL



Seksyen 217. Wakil si mati, wakil orang tidak sempurna akal dan kanak-kanak.


(1) Tiada seorang pun melainkan seorang yang telah sah dilantik sebagai pentadbir harta boleh mewakilkan atau bertindak bagi pihak harta pesaka si mati.

Dengan syarat warisnya boleh menuntut bahagiannya dari harta pesaka simati dari sesiapa yang tidak sah memilikinya.

(2) Jika mana-mana pihak dalam sesuatu pembicaraan itu ialah seorang budak yang belum cukup umur, atau seorang yang tidak sempurna akalnya, maka Mahkamah boleh melantik sesiapa yang layak dan sesuai yang tidak mempunyai kepentingan yang bertentangan dengan kepentingan budak itu untuk mewakilinya dalam pembicaraan itu. Penjaga yang sah dari segi undang-undang atau penjaga dari golongan keluarga bagi budak itu atau jawatankuasa bagi orang tidak sempurna akal, jika ada, biasanya hendaklah dilantik, jika mereka rela menjadi wakil.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.