ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VI - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - DARIHAL RAYUAN KEPADA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH



Seksyen 147. Perintah untuk mengambil keterangan lanjut

(1) Dalam menguruskan apa-apa rayuan di bawah Bab ini, Mahkamah Tinggi Syariah, jika difikirkannya bahawa keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah.

(2) Apabila keterangan tambahan diambil oleh Mahkamah Rendah Syariah, ia hendaklah memaklumkan keterangan itu kepada Mahkamah Tinggi Syariah yang sesudah itu hendaklah, dengan seberapa segera yang boleh, menyelesaikan rayuan itu.

(3) Melainkan jika Mahkamah Tinggi Syariah mengarahkan selainnya, tertuduh atau Peguam Syarienya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan itu diambil.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.