BAHAGIAN IV - PROSIDING PENDAKWAAN BAB XIV - HUKUMAN DAN MENJALANKANNYA
(2) Mahkamah di mana pesalah belum mukallaf itu disabitkan boleh, sebagai tambahan atau sebagai ganti menghukum pesalah itu mengikut cara yang diperuntukkan di dalam seksyen ini, mengenakan denda ke atas ibubapa atau penjaganya tidak melebihi lima ratus ringgit dalam mana-mana kes yang Mahkamah tersebut, selepas siasatan ringkas, berpuashati bahawa ibubapa atau penjaga itu, dengan sebab kecuaian mereka untuk menjaganya dengan baik atau atas sebab lainnya, telah menyebabkan pesalah itu berkelakuan buruk:
Dengan syarat bahawa ibubapa atau penjaga itu tidaklah boleh didenda tanpa ianya diberi peluang untuk membela dirinya dan (jika dia mahu) memberikan keterangan di dalam pembelaannya.