ENAKMEN 4 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996

BAHAGIAN VI - RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB 1 - RAYUAN KE MAHKAMAH TINGGI SYARIAH.



Seksyen 149. Perakuan dan akibat penghakiman.

(1) Apabila sesuatu kes rayuan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah di bawah Bab ini, ia hendaklah memperakukan penghakimannya atau perintahnya kepada Mahkamah yang mana dapatan, hukuman atau perintah yang dirayu itu telah direkodkan atau dijatuhkan.

(2) Apabila sesuatu rayuan dibenarkan, perakuan itu hendaklah menyatakan alasan-alasan bagi membenarkan rayuan itu atau keputusan Mahkamah Rendah Syariah yang telah diubah itu.

(3) Mahkamah yang kepadanya Mahkamah Tinggi Syariah memperakukan keputusan atau perintahnya hendaklah kemudiannya membuat apa-apa perintah yang sesuai dengan penghakiman atau perintah Mahkamah Tinggi Syariah itu dan, jika perlu, meminda rekodnya mengikut yang berkenaan dengannya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.