ENAKMEN 4 TAHUN 1994
ENAKMEN MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU KELANTAN 1994

BAHAGIAN VIII - PERKARA AM



Seksyen 143. Pengecualian kaedah-kaedah dan perlantikan.

Semua kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perisytiharan, perintah, notis, borang, lesen dan perlantikan yang telah dikeluarkan atau diperbuat di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang telah dimansuhkan oleh Enakmen ini, hendaklah terus berkuatkuasa setakat mana ianya tidak berlawanan dengan atau diganti oleh peruntukan-peruntukan Enakmen ini, atau sehingga dibatal atau diganti dengan kaedah-kaedah, peraturan-peraturan, perisytiharan, perintah, lesen atau perlantikan yang dikeluarkan atau diperbuat di bawah Enakmen ini.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.