ENAKMEN 5 TAHUN 1990
ENAKMEN UNDANG-UNDANG KELUARGA ISLAM 1990
BAB II - PERKAHWINAN
Seksyen 24. Akad nikah perkahwinan di Kedutaan-kedutaan, Malaysia di luar Negeri dsb.
(1) Tertakluk kepada subseksyen (2), perkahwinan boleh diakadnikahkan mengikut Hukum Syarak oleh Pendaftar yang dilantik di bawah seksyen 27 (4) di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau Pejabat Konsol Malaysia di mana-mana negara yang telah tidak memberitahu Kerajaan Malaysia tentang bantahannya terhadap pengakadnikahkan perkahwinan di Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi atau pejabat Konsol itu.
(2) Sebelum mengakadnikahkan sesuatu perkahwinan di bawah seksyen ini, Pendaftar hendaklah berpuashati-
(a)
bahawa satu atau kedua-dua pihak kepada perkahwinan itu adalah pemastautin didalam Negeri Johor;
(b)
bahawa tiap-tiap satu pihak mempunyai keupayaan untuk berkahwin mengikut Hukum Syarak dan Enakmen ini; dan
(c)
bahawa, jika salah satu pihak bukan pemastautin Negeri Johor, perkahwinan yang dicadangkan itu, jika diakadnikahkan, akan dikira sebagai sah ditempat dimana pihak itu bermastautin.
(3) Acara bagi akad nikah dan Pendaftar perkahwinan dibawah seksyen ini hendaklah serupa dalam serba perkara dengan yang dipakai bagi perkahwinan lain yang diakadnikahkan dan didaftarkan dalam Negeri Johor di bawah Enakmen ini seolah-olah Pendaftar yang dilantik untuk sesuatu negara asing adalah seorang Pendaftar untuk Negeri Johor.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.