ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN XX - PEMBAHAGIAN IKUT KADAR



Seksyen 158. Cara mendapatkan perintah tahanan kemudian, dsb.

(1) Apa-apa harta yang ditahan melalui perintah perlaksanaan oleh mana-mana Mahkamah sama ada telah diambil dan diletak di dalam jagaanya atau sebaliknya hendaklah dianggap sebagai telah disita oleh Mahkamah dan hendaklah seterusnya tidak boleh disita oleh orang lain tetapi jika perintah atau waran tahanan atau penyitaan telah dikeluarkan kemudiannya atas harta yang sama dibuat oleh Mahkamah itu atau Mahkamah lain perintah atau waran itu atau salinannya, boleh diserahkan kepada bailif yang menyita harta itu dan perintah itu hendaklah berkuatkuasa sebagai suatu tahanan bagi maksud Bahagian ini.

(2) Jika sesuatu harta itu tidak boleh diambil untuk penjagaan bailif atau mana-mana pegawai Mahkamah yang lain, maka mana-mana perintah tegahan atau dokumen yang sama bagi maksud melindungi kepentingan pemiutang penghakiman kemudiannya bolehlah diserahkan atau didaftarkan dan hendaklah berkuatkuasa menurut subseksyen (1).

(3) Jika harta itu dilepaskan daripada perintah tahanan terdahulu, ia hendaklah disifatkan sebagai telah ditahan dan disita di bawah perintah atau waran kemudiannya.

(4) Jika harta itu kekal di bawah perintah tahanan terdahulu dan tiada perintah penjualan mengenainya telah dibuat dua bulan selepas tahanan itu, harta itu hendaklah disifatkan sebagai telah dilepaskan daripada tahanan terdahulu dan subseksyen (3) hendaklah dipakai.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.