ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB V
Keterangan Dokumentar



Seksyen 53. Kaedah tentang notis supaya mengemukakan dokumen.

Keterangan sekunder mengenai kandungan dokumen yang tersebut dalam perenggan (a) seksyen 52 tidak boleh diberi melainkan jika pihak yang bercadang hendak memberi keterangan sekunder itu telah terlebih dahulu memberi kepada pihak yang ada memiliki atau ada di bawah kuasanya dokumen itu, atau kepada Peguam Syarienya atau peguamnya suatu notis yang ditetapkan oleh undang-undang supaya mengemukakannya, dan sekiranya tiada notis ditetapkan oleh undang-undang, maka notis itu hendaklah sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Mahkamah menurut keadaan hal itu:

Dengan syarat bahawa notis yang seumpama itu tidaklah dikehendaki bagi menjadikan keterangan sekunder boleh diterima dalam mana-mana hal yang berikut atau dalam mana-mana hal lain yang Mahkamah berpendapat notis itu tidak dikehendaki-






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.