ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 5 - KETERANGAN SURATAN
ANGGAPAN TENTANG SURATAN



Seksyen 68. Anggapan tentang salinan yang diperakui bagi rekod kehakiman negara asing.

Mahkamah boleh menganggap bahawa sesuatu suratan yang berupa sebagai salinan yang diperakui dari sesuatu rekod kehakiman mana-mana negara luar Malaysia adalah tulin dan betul jika suratan itu berupa sebagai diperakui dengan apa-apa cara yang disahkan oleh wakil Yang di-Pertuan Agong di dalam atau bagi negara itu sebagai cara yang biasanya dipakai di dalam negara itu bagi memperakui salinan rekod kehakiman.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.