ENAKMEN 11 TAHUN 2004
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB 2 - QARINAH
Pernyataan yang dibuat di bawah Hal Keadaan Khas



Seksyen 24. Pernyataan dalam peta, carta, dan pelan ialah qarinah.

Pernyataan mengenai fakta persoalan atau fakta relevan yang dibuat dalam peta atau carta yang diterbitkan dan secara amnya ditawarkan untuk dijual kepada orang awam, atau dalam peta atau pelan yang dibuat dengan kuasa Kerajaan Malaysia atau Kerajaan mana-mana Negeri tentang perkara pada biasanya digambarkan atau dinyatakan dalam peta, carta, atau pelan itu, ialah dengan sendirinya qarinah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.