ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XVIII - PENGUATKUASAAN DAN PELAKSANAAN
BAB 3 - PELAKSANAAN



Seksyen 174. Penjualan

Melainkan jika diperintahkan selainnya oleh Mahkamah, segala penjualan hendaklah melalui pelelongan awam pada waktu pejabat dan notis dalam Borang MS 41 tentang tarikh, waktu dan tempat penjualan yang dicadangkan itu hendaklah ditampalkan di Papan Notis Mahkamah dan di tempat penjualan yang dicadangkan itu tidak kurang daripada tujuh hari sebelum penjualan itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.