ENAKMEN 6 TAHUN 1991
ENAKMEN KANUN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH SELANGOR 1991

BAHAGIAN VI - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB XXVVII - PERKARA AM



Seksyen 214. Kuasa Mahkamah memanggil dan memeriksa seseorang.

Mana-mana Mahkamah boleh di mana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain di bawah Kanun ini memanggil seseorang sebagai saksi atau memeriksa seseorang yang hadir sungguhpun ia tidak dipanggil sebagai saksi atau memanggil semula dan memeriksa seseorang yang telah diperiksa dan Mahkamah hendaklah memanggil dan memeriksa atau memanggil semula dan memeriksa semula mana-mana saksi jika keterangannya didapati perlu demi keadilan untuk keputusan kes itu.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.