ENAKMEN 5 TAHUN 1991
ENAKMEN PENTADBIRAN HUKUM SYARAK (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 2. Tafsiran.


(1) Dalam Enakmen ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain:

"Ahli Kariah" berhubung dengan suatu kariah masjid ertinya seseorang yang tinggal tetap atau pada lazimnya tinggal dalam kariah masjid itu;

"Baitulmal" ertinya Baitumal yang ditubuhkan di bawah Seksyen 36 (1);

"Hukum Syarak" ertinya Undang-undang Islam yang diterima oleh Mazhab iaitu Shafei, Hanafi, Hambali dan Maliki;

"Jawatankuasa Masjid" ertinya Jawatankuasa Masjid yang ditubuhkan di bawah Seksyen 61 (1);

"Imam" ertinya Imam yang dilantik di bawah Seksyen 57 (1);

"Ketua Menteri" ertinya Ketua Kerajaan Negeri Melaka;

"Kariah Masjid" berhubung dengan masjid ertinya kawasan di mana masjid itu berada yang mana sempadannya ditentukan di bawah Seksyen 56 (1);

"Majlis" ertinya Majlis Agama Islam Melaka yang ditubuhkan di bawah Seksyen 4;

"Masjid" ertinya bangunan yang didirikan atau digunakan atau akan digunakan untuk menunaikan sembahyang Jumaat dan upacara lain yang berkaitan dengan Agama Islam dan termasuk juga madrasah yang digunakan untuk menunaikan sembahyang Jumaat;

"Madrasah" ertinya bangunan yang didirikan atau digunakan atau akan digunakan untuk apa-apa kegiatan agama Islam selain daripada sembahyang Jumaat;

"Mufti" ertinya Mufti Kerajaan Negeri yang dilantik di bawah Seksyen 28 (1);

"Negeri" ertinya Negeri Melaka;

"Pegawai Masjid" ertinya Imam, Khatib, Bilal, Mungkim dan Noja bagi sesuatu masjid yang dilantik di bawah Seksyen 57 (1);

"Pengerusi" ertinya Pengerusi termasuklah Timbalan Pengerusi Majlis;

"Saudara Baru" ertinya seseorang yang baru memeluk Agama Islam untuk tempoh selama satu tahun;

"Setiausaha" ertinya Setiausaha Majlis yang dilantik di bawah Seksyen 11;

"Seseorang Islam" ertinya:
"Warta" ertinya Warta Kerajaan Negeri Melaka.

(2) Semua perkataan dan ungkapan yang digunakan dalam Enakmen ini dan yang tidak ditakrifkan di dalamnya tetapi ditakrifkan dalam Akta-Akta Tafsiran 1948 dan 1967 [Akta 388] yang mana sesuai hendaklah mempunyai erti yang diberi kepadanya masing-masing setakat erti sedemikian tidak bercanggah dengan Hukum Syarak.

(3) Bagi mengelakkan keraguan berkenaan sifat atau tafsiran perkataan atau ungkapan yang digunakan di dalam Enakmen ini yang disenaraikan di dalam jadual rujukan bolehlah dibuat kepada tulisan Arab bagi perkataan dan ungkapan itu yang ditunjukkan bertentangan dengannya dalam jadual itu.

(4) Majlis boleh dari masa ke semasa meminda, memotong atau menambah kepada jadual itu.

(5) Jika timbul sebarang kekeliruan atas kekaburan dalam memberi takrif sesuatu perkataan atau ungkapan berkaitan dengan Hukum Syarak, maka adalah menjadi budibicara mahkamah untuk menentukan takrif perkataan dan ungkapan tersebut.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.