ENAKMEN 1 TAHUN 1984
ENAKMEN KELUARGA ISLAM 1979

BAHAGIAN I - PERMULAAN



Seksyen 3. Pemakaian.

(1) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi semua orang yang berugama Islam dan yang murtad yang bermukim dalam negeri ini atau yang bermastautin di dalam Negeri ini tetapi bermukim di luar Negeri ini.

(2) Kecuali sebagaimana diperuntukkan dengan nyata sebaliknya, Enakmen ini hendaklah dipakai bagi Kitabiyah yang bersuamikan seorang yang tersebut dalam seksyen-kecil (1) selagi Kitabiyah itu seorang yang bermukim atau bermastautin dalam Negeri ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.