ENAKMEN 1 TAHUN 1988
ENAKMEN UGAMA BUKAN ISLAM (KAWALAN PENGEMBANGAN DI KALANGAN ORANG ISLAM) 1988


Seksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang berugama Islam supaya mengubah keimanan.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam---
(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

(3) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.