ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 30. Tidak menyerahkan wang atau harta yang dipungut.

(1) Barang siapa yang diamanahkan bagi memungut, menyimpan, menjaga, mengelola atau menyampaikan wang atau harta Baitulmal, wakaf, zakat, fitrah, derma daripada orang ramai atau lain-lain perkara yang ada hubungannya dengan Agama Islam, telah tidak menyerahkan wang atau harta itu kepada orang yang berhak kepadanya atau telah tidak menjelaskannya kepada orang yang ditentukan atau telah tidak mengemukakan kira-kira wang itu kepada Yang Dipertua adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya dan Mahkamah boleh membuat perintah supaya dibayar atau diserahkan terus wang atau harta itu kepada orang yang berhak menerimanya atau supaya dipulangkan wang atau harta itu kepada sesiapa yang diarah oleh Mahkamah.

(2) Sesebuah Mahkamah yang membicarakan kesalahan di bawah sub-seksyen (1) boleh memerintahkan supaya habuan atau wang itu atau mana-mana bahagian daripadanya dibayar kepada mana-mana orang yang berhak diatasnya.

(3) Dakwaan di bawah fasal ini tidak boleh dibawa selepas lapan belas bulan daripada tarikh berlakunya kesalahan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.