ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN VII - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 195. Pungutan salah untuk maksud-maksud khairat.

Barang siapa mengambil bahagian dalam apa-apa pungutan wang atau derma dengan menyalahi seksyen 164(4) adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah dihukum denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara tidak melebih tiga tahun atau kedua-duanya sekali dan segala wang yang dipungut hendaklah dirampas oleh Mahkamah dan hendaklah menjadi hasil Bait-ul-Mal.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.