ENAKMEN 7 TAHUN 1993
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
BAB XVIII - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 154. Rekod fakta kesalahan.

(1) Di dalam semua kes seumpama itu Mahkamah hendaklah merekodkan fakta-fakta yang menyebabkan kesalahan itu, bersama dengan kenyataan (jika ada) yang dibuat oleh pesalah dan keputusan dan hukuman yang dikenakan.

(2) Jika kesalahan itu kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 157, catatan itu hendaklah menerangkan jenis dan peringkat pembicaraan keadilan yang mana Mahkamah telah diganggu atau dihina apabila bersidang dan jenis gangguan atau penghinaan itu.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.