ENAKMEN 3 TAHUN 1994
ENAKMEN KETERANGAN (MAHKAMAH SYARIAH) 1994

BAHAGIAN I - KERELEVANAN
BAB II - KERELEVANAN FAKTA
Iqrar



Seksyen 18. Syarat iqrar.

(1) Pembuat iqrar hendaklah seorang yang akil baligh.

(2) Kecuali diperuntukan selainnya lqrar yang berikut tidak boleh diterima-

(3) Iqrar seorang kanak-kanak mumaiyiz yang telah diberi kebenaran oleh wali atau penjaganya untuk menjalankan perniagaan dan berurusan dengan orang ramai hendaklah dianggap sebagai iqrar seorang dewasa bagi maksud seksyen ini dan iqrar itu hendaklah diterima sebagai sah.

(4) Pihak yang mendapat faedah daripada iqrar tidaklah disyaratkan seorang yang akil baligh.

(5) Sesuatu iqrar hendaklah dibuat dengan rela hati tanpa paksaan.

(6) Pembuat iqrar hendaklah terdiri daripada orang yang tidak ditahan daripada menguruskan hartanya (mahjur'alaih).

(7) Iqrar yang dibuat dalam keadaan mabuk tidak boleh diterima dalam kes-kes yang boleh dikenakan hukurnan Hudud menurut Hukum Syara'.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.