ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN



Seksyen 9. Khalwat.

(1) Mana-mana orang lelaki yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi bersunyi-sunyian dan berdekatan yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang perempuan yang bukan mahramnya sama ada beragama Islam atau tidak selain daripada isterinya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang perempuan Islam yang didapati bersekediaman atau bersekedudukan atau berkurung atau bersembunyi bersunyi-sunyian dan berdekatan yang mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat di mana-mana tempat dengan seorang lelaki yang bukan mahramnya sama ada beragama Islam atau tidak selain daripada suaminya adalah bersalah atas kesalahan khalwat dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara

selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(3) Mana-mana orang lelaki Islam yang didapati bersama-sama dengan lebih daripada seorang perempuan sama ada beragama Islam atau tidak yang bukan isterinya atau bukan mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang terasing dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(4) Mana-mana orang perempuan Islam yang didapati bersama-sama dengan lebih daripada seorang lelaki sama ada beragama Islam atau tidak yang bukan suaminya atau bukan mahramnya di tempat yang sunyi atau di dalam sebuah bilik pada mana-mana bangunan atau di tempat yang terasing dalam keadaan yang boleh mendatangkan syak bahawa mereka melakukan maksiat adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(5) Mahkamah boleh memerintahkan supaya mana-mana perempuan yang didapati bersalah atas suatu kesalahan di bawah seksyen ini dimasukkan ke suatu rumah kebajikan selama suatu tempoh tiga tahun.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.