ENAKMEN 9 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN XIII - PENYELESAIAN, PENARIKAN BALIK DAN PEMBERHENTIAN



Seksyen 96. Kesan penarikan balik ke atas prosiding selanjutnya

Jika plaintif telah menarik balik prosiding di bawah seksyen 95, dia tidak boleh kemudiannya mambawa tindakan bagi kausa tindakan yang sama, atau bagi kausa tindakan yang pada matannya adalah sama melainkan jika Mahkamah telah memberikan kebenaran untuk memulakan prosiding yang baru.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.