ENAKMEN 4 TAHUN 1992
ENAKMEN JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - KESALAHAN
Darihal kesalahan mengenai kehormatan diri



Seksyen 71. Orang-orang yang hidup atas atau yang memperdagangkan pelacuran.

(1) Mana-mana orang yang dengan diketahuinya hidup dengan sepenuh atau sebahagiannya atas pendapatan dari pelacuran seorang lain adalah melakukan satu kesalahan dan hendaklah apabila disabitkan dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau kedua-duanya.

(2) Jika seseorang dibuktikan sebagai hidup bersama dengan atau lazimnya bersama dengan seorang atau beberapa orang pelacur, atau sebagai telah menjalankan kawalan, arahan atau pengaruh ke atas pergerakan seorang atau beberapa orang pelacur dengan cara yang menunjukkan bahawa orang itu adalah membantu, menyubahati atau memaksa pelacurannya atau pelacuran mereka dengan seseorang lain atau pada amnya, maka orang itu hendaklah jika tidak dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai hidup dengan diketahuinya atas pendapatan dari pelacuran.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.