ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN II - MENGENAI BUKTI
BAB 3 - FAKTA YANG TIDAK PERLU DIBUKTIKAN



Seksyen 44. Fakta yang Mahkamah mesti memberi pengiktirafan kehakiman.

(1) Mahkamah hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai fakta-fakta yang berikut atau mana-mana bahagiannya-

(2) Dalam segala hal ini, dan juga mengenai segala perkara berkenaan dengan seni, sains, sastera atau sejarah awam, Mahkamah bolehlah mendapatkan bantuan daripada buku atau dokumen rujukan yang sesuai.

(3) Jika Mahkamah diminta oleh sesiapa supaya memberi pengiktirafan kehakiman berkenaan dengan apa-apa fakta, maka Mahkamah boleh menolak daripada berbuat demikian itu melainkan dan sehingga orang itu menunjukkan buku atau dokumen sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Mahkamah bagi membolehkan Mahkamah berbuat demikian itu.

(4) Bagi maksud peruntukan subseksyen (1) (d) Sultan adalah termasuk Raja dan Yang di-Pertuan Besar.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.