ENAKMEN 3 TAHUN 1995
ENAKMEN KESALAHAN JENAYAH SYARIAH 1995

BAHAGIAN IV - KESALAHAN



Seksyen 81A. Qazaf.

Kecuali dalam hal keadaan yang memerlukan li'an, seseorang yang menuduh mana-mana orang melakukan zina tanpa mengemukakan empat orang saksi atau ikrar orang yang dituduh mengikut Hukum Syarak adalah bersalah atas suatu kesalahan "qazaf" dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.