ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN I - QARINAH
BAB 2 - QARINAH
Penghakiman Mahkamah bila qarinah.



Seksyen 28. Penghakiman dahulunya adalah qarinah bagi menahan guaman atau perbicaraan yang kedua.

Wujudnya sesuatu penghakiman, perintah atau dikri yang pada sisi undang-undang menahan mana-mana Mahkamah daripada mengambil ketahui tentang sesuatu guaman atau daripada mengadakan sesuatu perbicaraan adalah suatu fakta yang ada hubungan apabila soalnya ialah sama ada Mahkamah itu patut mengambil ketahui tentang guaman itu ataupun patut mengadakan perbicaraan itu.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.