ENAKMEN 8 TAHUN 1982
ENAKMEN PENTADBIRAN UGAMA ISLAM DAN ADAT RESAM MELAYU PAHANG 1982

BAHAGIAN IX - KESALAHAN



Seksyen 170. Mencerca ugama.


Sesiapa dengan secara lisan atau bertulis atau dengan kelakuan yang nyata mencerca atau membawa kepada penghinaan atau cuba mencerca atau menghina Ugama Islam atau ajaran mana-mana mazhab yang empat itu atau pengajaran mana-mana guru ugama yang bertauliah atau mana-mana fatwa yang dikeluarkan mengikut Enakmen ini adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila sabit bolehlah dihukum dengan didenda tidak lebih daripada seribu ringgit atau penjara tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.