ENAKMEN 7 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 2004
BAHAGIAN VII - PERUNTUKAN TAMBAHAN
BAB 2 - DARIHAL PENDAKWAAN
Seksyen 183. Pendakwaan
(1) Apa-apa pendakwaan di hadapan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah dijalankan oleh Ketua Pendakwa Syarie atau seseorang Pendakwa Syarie.
(2) Pendakwaan di hadapan Mahkamah Rendah Syariah bolehlah djalankan oleh—
(a)
Ketua Pendakwa Syarie atau seorang Pendakwa Syarie;
(b)
seorang Pegawai Penguatkuasa Agama yang diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pendakwa Syarie untuk bertindak bagi pihaknya; atau
(c)
seorang pengadu sebagaimana yang dibenarkan oleh Mahkamah.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.