ORDINAN 7 TAHUN 1991
ORDINAN ACARA MAL SYARIAH 1991

BAHAGIAN II - BENTUK PROSIDING



Seksyen 3. Ukuran dan bentuk.

Tiap-tiap prosiding dan tiap-tiap dokumen yang digunakan dalam mana-mana prosiding, selain daripada dokumen asal yang dikemukakan sebagai keterangan hendaklah, melainkan bentuk dokumen itu menyebabkan tidak sesuai, ditulis, ditaip atau dicetak atau separa tulis, separa cetak, di atas kertas biasa yang bermutu baik dan hendaklah mempunyai pinggiran yang mencukupi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.