ENAKMEN 3 TAHUN 1992
ENAKMEN PROSEDUR JENAYAH SYARIAH NEGERI SEMBILAN 1992

BAHAGIAN IV - PROSIDING DALAM PENDAKWAAN
BAB VII - BIDANGKUASA MAHKAMAH-MAHKAMAH JENAYAH SYARIAH MENGENAI PERBICARAAN



Seksyen 70. Bila timbul keraguan Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah memutuskan.

Jika timbul apa-apa keraguan tentang Mahkamah manakah sesuatu kesalahan patut menurut peruntukan yang terdahulu dalam Bab ini dibicarakan, Mahkamah Tinggi Syariah bolehlah----
memutuskan Mahkamah mana kesalahan itu hendaklah dibicarakan:

Dengan syarat sebelum keputusan diambil oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Ketua Pendakwa Syarie dan orang yang dituduh hendaklah diberi hak untuk didengar.






Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.