ENAKMEN 4 TAHUN 2004
ENAKMEN PENTADBIRAN AGAMA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN II - MAJLIS AGAMA ISLAM DAN 'ADAT MELAYU PERAK



Seksyen 16. Setiausaha.

(1) Pengarah Jabatan Agama Islam Perak hendaklah menjadi Setiausaha Majlis.

(2) Setiausaha hendaklah menjadi Ketua Pegawai Eksekutif dan Pentadbir Majlis dan hendaklah bertanggungjawab bagi menjalankan dasar-dasar dan ketetapan-ketetapan Majlis.

(3) Tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Yang Dipertua kepadanya , Setiausaha hendaklah bertanggungjawab ke atas semua surat-meyurat dan dokumen Majlis, dan hendaklah dalam apa-apa hal lain menjalankan kewajipan yang dikenakan ke atasnya oleh Enakmen ini atau yang diberikan kepadanya oleh Yang Dipertua.

(4) Setiausaha berhak menghadiri semua mesyuarat Majlis dan mengambil bahagian dalam pertimbangtelitiannya, tetapi tidak berhak mengundi.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.