ENAKMEN 2 TAHUN 1996
ENAKMEN ACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH 1996

BAHAGIAN IV - PIHAK-PIHAK
BAB 1 - AM



Seksyen 20. Ketakcantuman pihak-pihak.

(1) Tertakluk kepada subseksyen (2) pada mana-mana peringkat prosiding dalam apa-apa kausa atau perkara, Mahkamah boleh atas apa-apa terma yang ia fikirkan adil dan sama ada atas usulnya sendiri atau atas permohonan mana-mana orang, memerintahkan mana-mana orang yang patut telah dicantumkan sebagai suatu pihak atau kehadirannya di hadapan Mahkamah adalah perlu bagi memastikan bahawa semua perkara dalam pertikaian dalam kausa atau perkara itu boleh secara berkesan dan menyeluruh ditentukan dan diputuskan apabila dia ditambahkan sebagai suatu pihak.

(2) Tiada seorang pun boleh ditambah sebagai plaintif tanpa persetujuannya secara bertulis atau dalam apa-apa cara lain sebagaimana yang boleh dibenarkan.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.