ENAKMEN 9 TAHUN 1988
ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH 1988
BAHAGIAN II - KESALAHAN-KESALAHAN
Seksyen 24. Takfir.
(1) Mana-mana orang yang mengatakan atau mengaitkan melalui kata-kata, sama ada bertutur atau tulisan, atau melalui isyarat, atau melalui gambaran yang boleh dilihat atau melalui apa-apa perbuatan, kegiatan atau kelakuan, atau dengan mengelola, menggalak atau memperaturkan apa-apa kegiatan, atau selainnya dengan apa jua cara, bahawa mana-mana orang yang menganuti Agama Islam, atau orang-orang yang tergolong dalam mana-mana kumpulan, kelas atau perihalan orang-orang yang menganuti Agama Islam :
(i) adalah orang kafir, atau
(ii) telah berhenti menganuti Agama Islam, atau
(iii) tidak patut diterima, atau tidak dapat diterima, sebagai menganuti Agama Islam, atau
(iv) tidak mempercayai, mengikuti, menganuti, atau tergolong dalam Agama Islam,
adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya :
Dengan syarat bahawa seksyen ini tidak boleh dipakai bagi:
(
a
)
apa-apa perkara yang dilakukan oleh mana-mana pihak berkuasa Agama yang ditubuhkan, dibentuk atau dilantik oleh atau di bawah mana-mana Undang-undang bertulis dan yang diberikan oleh Undang-undang bertulis dengan kuasa memberi atau mengeluarkan apa-apa fatwa atau keputusan atau apa-apa perkara mengenai Agama Islam;
(
b
)
apa-apa perkara yang dilakukan oleh mana-mana orang menurut atau mengikut apa-apa fatwa atau keputusan yang diberi atau dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama itu, sama ada fatwa atau keputusan itu adalah secara bertulis ataupun tidak, atau jika secara bertulis, sama ada ianya disiarkan dalam
Warta
ataupun tidak.
(2) Mana-mana orang yang mentafsir secara menyeleweng mana-mana fatwa yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Agama adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.