ENAKMEN 9 TAHUN 2004
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2004

BAHAGIAN III - PERUNTUKAN AM YANG LAIN
BAB 4 - DARIHAL PROSES UNTUK MEMAKSA PENGEMUKAAN DOKUMEN DAN HARTA ALIH YANG LAIN DAN BAGI PENEMUAN ORANG YANG DIKURUNG DENGAN SALAH
Waran Geledah



Seksyen 45. Kuasa untuk membataskan waran geledah.

Mahkamah boleh jika difikirkan patut, menyatakan dalam waran geledah tempat tertentu atau bahagian tempat itu yang hanya di situ sahajalah penggeledahan atau pemeriksaan boleh dilakukan, dan orang yang dipertanggungkan dengan pelaksanaan waran itu hendaklah kemudiannya hanya menggeledah atau memeriksa tempat atau bahagian itu yang dinyatakan sedemikian.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.