ENAKMEN 8 TAHUN 1991
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI MELAKA) 1991

BAHAGIAN 1 - PERKAITAN
BAB 2 - QARINAH



Seksyen 10. Apa-apa yang dikatakan atau dilakukan oleh seseorang yang berpakat jahat berkenaan dengan rancangan bersama.

Jika ada alasan yang munasabah bagi mempercayai bahawa dua orang atau lebih telah berpakat bersama hendak melakukan suatu kesalahan atau suatu perbuatan salah yang boleh diambil tindakan, maka apa-apa jua yang dikatakan, dilakukan atau ditulis oleh seseorang daripada mereka berkenaan dengan niat bersama mereka selepas masa bila niat itu mula-mula timbul daripada seorang daripada mereka, adalah qarinah terhadap tiap-tiap seorang yang dipercayai berpakat sedemikian, serta juga bagi maksud menunjukkan bahawa mana-mana orang itu telah menjadi salah satu pihak di dalamnya.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.