ENAKMEN 4 TAHUN 1993
ENAKMEN JENAYAH DALAM SYARAK 1991

BAHAGIAN III - PELBAGAI



Seksyen 49. Hukuman bagi keterangan palsu.

(1) Mana-mana orang dengan sengaja memberi keterangan palsu pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman, atau dengan sengaja mereka keterangan palsu bagi maksud digunakan pada mana-mana peringkat pembicaraan kehakiman melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang dengan sengaja memberi atau mereka keterangan palsu dalam mana-mana hal lain adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Huraian Suatu pembicaraan di hadapan Mahkamah ialah pembicaraan kehakiman.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.