ENAKMEN 1 TAHUN 1989
ENAKMEN PENGAWALAN SEKOLAH-SEKOLAH AGAMA ISLAM PULAU PINANG 1989
BAHAGIAN IV - PENDAFTARAN SEKOLAH ISLAM
Seksyen 14. Syarat-syarat memberi kelulusan.
Bagi maksud-maksud menimbangkan sama ada permohonan untuk pendaftaran diluluskan atau tidak Pendaftar hendaklah mengambil kira syarat-syarat yang berikut-
(a)
kesesuaian Sekolah Islam atau bangunan atas alasan-alasan kesihatan dan keselamatan;
(b)
kesesuaian orang-orang yang menganggotai Jemaah untuk menguruskan Sekolah Islam;
(c)
sumber kewangan untuk menyelenggarakan Sekolah Islam;
(d)
keperluan mengadakan satu lagi Sekolah Islam dalam kawasan di mana Sekolah Islam yang dicadangkan itu hendak didirikan; dan
(e)
apa-apa syarat lain yang, pada pendapat Pendaftar, perlu untuk mendirikan Sekolah Islam dengan jayanya.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.