ORDINAN 9 TAHUN 1991
ORDINAN KETERANGAN SYARIAH 1991

BAHAGIAN I - PERKAITAN
BAB II - Qarinah
Keputusan Mahkamah Keadilan bila Berkaitan



Seksyen 29. Perkaitan sesuatu keputusan dalam bidang kuasa pengesahan wasiat dan sebagainya.

(1) Sesuatu keputusan, perintah atau dekri yang muktamad daripada Mahkamah yang layak menjalankan bidang kuasanya berkenaan dengan warisan, wasiat atau hal ehwal perkahwinan, yang memberi kepada atau melucutkan daripada seseorang sesuatu taraf di sisi undang-undang atau yang menetapkan seseorang berhak kepada taraf itu, atau berhak kepada sesuatu benda spesifik adalah berkaitan apabila adanya taraf di sisi undang-undang itu atau adanya hak seseorang kepada sesuatu benda itu adalah berkaitan.

(2) Keputusan, perintah atau dekri itu adalah bukti muktamad-





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.