ENAKMEN 3 TAHUN 1989
ENAKMEN ACARA JENAYAH SYARIAH 1988

BAHAGIAN V - DARIHAL RAYUAN DAN PENYEMAKAN
Bab XIX - TINDAKAN MENGENAI BEBERAPA KESALAHAN BERKENAAN PENTADBIRAN KEADILAN



Seksyen 164. Rayuan.

(1) Seseorang yang telah dihukum oleh Mahkamah bawahan di bawah peruntukan Bab ini boleh merayu kepada Mahkamah Rayuan.

(2) Peruntukan-peruntukan Bab XVII hendaklah, setakat yang boleh dipakai, kepada rayuan di bawah seksyen ini dan Mahkamah Rayuan boleh mengubah atau membatalkan keputusan atau meringankan, mengubah atau membatalkan hukuman yang dikenakan.

(3) Peruntukan-peruntukan Bab XVIII juga hendaklah dipakai kepada semua tindakan oleh seorang Kadi di bawah Bab ini.





Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.