ENAKMEN 5 TAHUN 1996
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI PULAU PINANG) 1996
BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN KESAN KETERANGAN
BAB 8 - PEMERIKSAAN SAKSI
Seksyen 100. Soalan-soalan yang sah dalam pemeriksaan balas.
Apabila seseorang saksi boleh diperiksa balas, maka dia bolehlah, sebagai tambahan kepada soalan-soalan yang disebut terdahulu daripada ini, ditanya apa-apa soalan yang boleh-
(a)
menguji ketepatannya, kebenarannya atau kebolehpercayaannya;
(b)
menentukan siapa dia dan apakah taraf hidupnya; atau
(c)
melemahkan kebolehpercayaannya dengan mencela wataknya, walaupun jawapan kepada soalan tersebut mungkin secara langsung atau tak langsung melibatkannya dalam jenayah, atau boleh mendedahkan atau mungkin secara langsung atau tak langsung mendedahkannya kepada sesuatu penalti atau lucuthak.
Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.