ENAKMEN 12 TAHUN 1986
ENAKMEN PENTADBIRAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM 1986

BAHAGIAN IV - PERKARA-PERKARA KEWANGAN
Zakat dan Fitrah



Seksyen 162. Resit-resit dan kira-kira.

(1) Jabatan hendaklah mengeluarkan resit-resit yang berseturut nombornya di dalam borang yang ditetapkan bagi tiap-tiap pengeluaran zakat dan fitrah, sama ada dengan wang tunai atau dengan benda yang dikeluarkan.

(2) Semua zakat dan fitrah yang diterima oleh Jabatan hendaklah dimasuk kira-kira dan hendaklah dipegang, disimpan, dan diselenggarakan oleh Jabatan mengikut cara sebagaimana yang diperintah oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dengan nasihat Majlis.

(3) Pesuruhjaya hendaklah menyebab supaya semua kira-kira zakat dan fitrah itu diaudit dan bagi maksud ini bolehlah dilantik dan digajikan penyiasat-penyiasat.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.