ENAKMEN 1 TAHUN 1990
ENAKMEN KETERANGAN MAHKAMAH SYARIAH 1990

BAHAGIAN III - PENGEMUKAAN DAN NATIJAH KETERANGAN
BAB 6 - BEBAN MEMBUKTI



Seksyen 81. Beban membuktikan tentang kepunyaan.

Apabila soalnya ialah sama ada seseorang adalah tuanpunya apa-apa benda yang ditunjukkan sebagai ada di dalam miliknya, maka beban membuktikan bahawa ia bukanlah tuanpunyanya adalah terletak atas orang yang membuat pengakuan bahawa ia bukanlah tuanpunyanya.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.