ENAKMEN 6 TAHUN 2004
ENAKMEN KELUARGA ISLAM (PERAK) 2004

BAHAGIAN V - PEMBUBARAN PERKAHWINAN



Seksyen 46. Pertukaran agama

(1) Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan itu murtad atau memeluk sesuatu kepercayaan selain Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.

(2) Jika salah satu pihak kepada suatu perkahwinan bukan Islam memeluk agama Islam, maka perbuatan yang demikian tidak boleh dengan sendirinya berkuat kuasa membubarkan perkahwinan itu melainkan jika dan sehingga disahkan sedemikian oleh Mahkamah.




Copyright © PNMB-LawNet. All rights reserved.