ENAKMEN 8 TAHUN 2002
ENAKMEN TATACARA JENAYAH SYARIAH 2002

BAHAGIAN VIII - AM



Seksyen 222. Salinan prosiding

(1) Jika pengadu atau tertuduh atau mana-mana orang yang tersentuh oleh penghakiman atau perintah yang dijatuhkan atau dibuat oleh Mahkamah berhasrat mendapatkan suatu salinan manamana penghakiman, perintah atau bahagian lain rekod itu, dia hendaklah, apabila memohon untuk mendapatkan salinan itu, diberi salinan itu oleh Mahkamah apabila dibayar apa-apa jumlah wang yang munasabah sebagaimana yang diarahkan oleh Mahkamah melainkan jika Mahkamah berpendapat, atas sesuatu sebab khas, salinan itu patut diberikan dengan percuma.

(2) Sesuatu permohonan untuk mendapatkan suatu salinan rekod itu boleh dibuat pada bila-bila masa oleh Pendakwa tanpa membayar apa-apa fi.




Copyright PNMB-LawNet. All rights reserved.